October 2014
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

jb

JOHOR BAHRU 14 Jun- Permintaan tinggi terhadap kerjaya arkitek dan tawaran yang baik menyebabkan ramai lulusan jurusan berkenaan tidak melepaskan peluang bekerja di luar negara.

Tindakan itu sedikit sebanyak menjadi punca kekurangan jumlah tenaga kerja profesional tersebut di negara ini dan jumlahnya tidak selari dengan keperluan negara yang sedang pesat membangun.

Menurut Timbalan Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia, Ar. Saifuddin Ahmad, negara ini melahirkan jumlah lulusan jurusan senibina yang berkualiti sehingga mendapat permintaan tinggi untuk mengisi pasaran kerja di luar negara.

“Kebanyakan lepasan universiti tempatan mencari peluang kerja di Singapura dan Timur Tengah. Malah, siswazah yang menuntut di luar negara juga cenderung untuk bekerja di sana berbanding balik ke Malaysia.

“Kekurangan tersebut turut ditambah dengan bilangan mereka yang lulus peperiksaan senibina tahap ketiga juga adalah kecil,” katanya selepas merasmikan Bengkel Senibina ke-23 anjuran penuntut senibina Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, semalam.

Turut hadir, Dekan Fakulti Alam Bina UTM, Prof. Madya Dr. Ahmad Nazri Muhamad Ludin.

Program yang bermula kelmarin dan berakhir Jumaat ini mengetengahkan tema Terang 2011 menyaksikan penglibatan seramai 400 peserta daripada 21 institusi pengajian tinggi seluruh negara.

Saifuddin berkata, universiti tempatan juga melahirkan jumlah lulusan senibina yang sedikit jika dibandingkan dengan negara maju lain.

“Tetapi harus diingat bahawa biarpun jumlahnya sedikit, mereka adalah golongan yang berkualiti, cuma masalahnya adalah jumlahnya tidak mencukupi apatah lagi dengan pembangunan pesat yang dikecapi negara pada masa ini,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Nazri berkata, setiap tahun UTM hanya melahirkan kira-kira 80 siswazah senibina.

Menurutnya, jumlah tersebut dikurangkan daripada 100 kepada 80 orang bagi menjaga kualiti graduan supaya sesuai dengan pasaran kerja dan selaras dengan kehendak negara dalam melahirkan modal insan kelas pertama.

Source

 

 

Situated at the estuary where Skudai River and Danga River meets the open sea at Straits of Johor, is Kampung Bakar Batu. There was once lush mangrove forest, rich with natural resources; fishes, crabs, prawns and etc were the natural resources which sustain the living of a unique ancient aborigine Austronesia proto-malay race called ORANG SELETAR.

Orang Seletar calls themselves Orang Asli Laut, not kuala , bukit (hill) or hutan (forest). They are the ORANG ASLI SUKU LAUT / Sea people which has genetic links to the Orang Suku Laut of Riau ( Indonesia), Mokens of Phuket (Thailand) and Orang Bajau of Sabah & Philipines. There’s popular believes that all ORANG LAUT / sea people originated from Riau, Indonesia, and have been positioned to various places along the `Spice Trade Route ‘ to guard the sea route against pirates attacks alike to the NAVY today. Orang Seletar were positioned at Seletar, Temasek ( now, Singapore), guarding the coast all along Straits of Johore for centuries. They later call themselves `Orang Seletar’ due to their base in Temasek, where their village was.

Read More