Architecture as a Profession > Fresh Graduates

Pemindahan Kredit Pelajar Lulusan Dip. SeniBina Politeknik KPTM Di IPTA

(1/3) > >>

forumeforum:
13 Oktober 2009
 
Kumpulan gabungan
Pelajar Kurus Senibina Politeknik KPTM
(Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia )
Malaysia
Email-
pelajarsbpoliteknik@ymail.com

Ministry of Higher Education,
Block E3, Parcel E,
Federal Government And Administrative Centre,
62505 Putrajaya






webmasterkpt@mohe.gov.my
 
Cadangan Dan Aduan Mengenai Sistem Pemindahan Kredit Pelajar Lulusan Kursus Diploma Seni Bina Politeknik KPTM Di Universiti Awam , Universiti Swasta Tempatan Dan Universiti Luar Negara.
 
Merujuk perkara diatas
 
Kami adalah pelajar yang mengikuti kursus seni bina dipoliteknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia(KPTM)@(MOHE).Terima kasih kepada semua pihak kerana memberikan peluang untuk  melanjutkan pelajaran, rasa amat bersyukur ke atas peluang yang diberikan dan berusaha untuk tidak mensia-siakan peluang ini dengan sebaik mungkin. Selepas lebih 20 tahun kursus seni bina ditawarkan dipoliteknik KPTM dan sehingga kini  tiada maklumat sahih yang  bertulis didedahkan kepada pelajar  kursus seni bina politeknik KPTM untuk sistem pemindahan kredit yang sistematik apabila melanjutkan pelajaran di universiti kelak.
 
2.Dengan pendedahan yang baik ketika mengkuti kursus seni bina di politeknik KPTM, dengan ini telah menyuburkan minda pelajar untuk mendalami kursus seni bina seterusnya bercita –cita untuk menjadi arkitek professional suatu hari kelak. Untuk menjadi seorang arkitek professional, kami sedia maklum adalah perlu untuk melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi yang mempunyai akreditasi daripada LEMBAGA ARKITEK MALAYSIA ( LAM ).Bagi pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran,kami tertanya -tanya apakah status kursus Diploma seni bina Politeknik Kptm untuk sebarang pengiktirafan atau akreditasi daripada pihak yang terlibat seperti LAM,JPA dan MQA. Dengan ini untuk menghuraikan kekusutan  dan persoalan, kami telah terpanggil untuk  memberikan maklumas balas dan beberapa cadangan kepada pihak yang terlibat dan bertanggungjawab .
 
3. Akur dengan diploma seni bina politeknik KPTM tidak mendapat sebarang akreditasi daripada LAM,RIBA dan RAIA. Dan kami sedia maklum bahawa untuk mendapatkan akreditasi memerlukan kerjasama pelbagai pihak yang bertanggungjawab ,dan terutama sekali pelajar kurus seni bina politeknik KPTM sendiri perlu menepati beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh CAEM.
 
 
 
Sila rujuk maklumat daripada laman web LEMBAGA ARKITEK MALAYSIA( LAM )
http://www.lam.gov.my/accreditation.html
 
http://www.naab.org/
 
SOALAN 1.
Persoalan utama Pelajar Lepasan Diploma seni bina Politeknik KPTM  ialah mengenai isu Pemindahan kredit Di Universiti Tempatan Dan Universiti Luar Negara.Dimanakah kami akan ditempatkan. Untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan dan luar Negara ,di semester dan tahun manakah pelajar lulusan diploma politeknik akan ditempatkan jika mereka ingin melanjutkan pelajaran diperingkat ijazah di universiti berikut.
 
 
a - Universiti Kebangsaan Malaysia.UKM (tanpa akreditasi LAM bahagian1)
b- Universiti Malaya (mendapat akreditasi RIBA&LAM bahagian 1&2 )
c- Universiti  Teknologi Mara.UITM  (akreditasi LAM bahagian 1&2 )
d- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia .UIAM. (mendapat akreditasi LAM    bahagian 1 )
e- Universiti Putra Malaysia.UPM. (akreditasi LAM bahagian1)
f- Universiti Sains Malaysia. USM. (akreditasi LAM bahagian 1&2 )
g- Taylor's College (Malaysia) (tanpa akreditasi LAM bahagian1)
h- Limkokwing University of Creative Technology (tanpa akreditasi LAM bahagian1)
i- Mana kolej/ kolej universiti/ universiti swasta tempatan yang menawarkan kursus senibina.
j-tidak mustahil juga jika menyenaraikan UNIversiti luar Negara, yang mempunyai akreditasi       
LAM,RIBA dan RAIA.
 
 
*RAIA-Royal Australian Institute of Architects
*RIBA - royal institute of british architects
 
 
Kelemahan sistem pemindahan kredit sedia ada.
           
            a-sistem pemindahan kredit yang berbeza beza di setiap universiti.
            b.Lulusan diploma seni bina politeknik KPTMyang tidak di iktraf oleh sesetengah universiti  tempatan.
 
Fakta ini berdasarkan maklumat lisan yang diperolehi daripada pelajar-pelajar lulusan diploma seni bina politeknik KPTM yang telah berjaya melanjutkan pelajran di universiti tempatan.
 
Terdapat universiti awam tempatan yang akan meletakkan lulusan diploma seni bina politeknik KPTM di tahun pertama ,semester satu ini bermakna diploma senibina politeknik KPTM tidak di iktiraf
atas alasan yang diberikan kerana diploma seni bina politeknik TIDAK  memenuhi kriteria untuk mendapat pemindahan kredit yang lebih baik.Hanya beberapa susbjek sahaja yang diberikan pemindahan kredit sahaja.
 
 
Dengan ini telah meletakkan kelulusan diploma seni bina politeknik KPTM layaknya hanya sebaris dengan pelajar lulusan matrikulasi.Dan jelaslah bahawa lulusan diploma seni bina yang tidak di iktiraf oleh sesetengah universiti dan begitu mudah diperlekehkan.
 
 
Akan tetapi terdapat universiti tempatan (mempunyai akreditasi LAM bagian 1 dan2)yang memberikan kemasukan terus di tahun kedua (semester 1).dan kami amat berterima kasih kepada universiti awam tempatan yang dapat memberikan pemindahan kredit yang baik.
 
Mengapakah tidak terdapat sistem pemindahan kredit untuk pelajar polteknik KPTM. Kami mengajukan kepada mana –mana pihak  yang bertanggungjawap untuk memberikan jawapan yang betul dan tepat.Dan menegaskan betapa perlu nya maklumat ini disampaikan untuk memberikan pendedahan dan galakan kepada pelajr-pelajar yang sedang mengikuti pengajian didalam kursus seni bina di politeknik KPTM atau lain lain kurus yang ditawarkan di politeknik KPTM ,agar mempunyai perancangan untuk memperolehi keputusan yang dapat melayakkan diri melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi lagi.Justeru itu  prospektus politeknik  KPTM perlu di semak semula dan diberikan maklumat yang tepat mengenai peluang bukan sahaja pelajar lulusan diploma seni bina politeknik KPTM  malah seluruh kursus yang ditawarkan dipoliteknik untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan pemindahan kredit yang sistematik.
 
Untuk memberikan gambaran sebenar kepada pihak tuan mengenai pemindahan kredit dan betapa pentingnya perkara ini bagi semua pelajar-pelajar politeknik KPTM, pihak tuan boleh merujuk kepada sistem pemindahan kredit Politeknik Temasek (Temasek Polytechnic) yang mempunyai sistem yang sistematik  bagi pemindahan kredit bagi pelajar lulusan mereka agar mempunyai hala tuju dengan baik untuk melanjutkan pelajaran.
 
Untuk maklumat yang lebih lanjut sila rujuk kepada laman web berikut .
 
http://www.tp.edu.sg/home/courses/further.htm
 
http://www.tp.edu.sg/home/courses/further/advance.htm#aus
 
Dan jika sistem pemindahan kredit untuk lulusan politeknik KPTM sedia ada ini akan terus diguna pakai.Kesukaran kepada pelajar lulusan politeknik untuk melanjutkan pelajaran pada masa akan datang pastinya akan lebih serius kerana terpaksa bersaing dengan program lulusan IPTS  yang mempunyai program kerjasama yang sistematik dengan universiti tempatan.
 
Sebagai  contoh seperti kurus yang seni bina yang ditawarkan di IUCTT
Untuk maklumat yang lebih lanjut sila rujuk kepada laman web berikut .
 
http://www.kolejshahputra.edu.my/malay/B_stdPlnDSB.htm
 
http://www.iuctt.edu.my/iuctt/fabe/course.htm#dipas
 
http://www.tanggam.com/v3/index.php?option=com_content&task=view&id=21&Itemid=38
 
Dari sudut yang lebih positif,tidak dinafikan dapat memberikan persaingan yang positif diantara pelajar IPTS  dan pelajar seni bina politeknik  KPTM agar diantara kedua-dua pelajar IPT ini akan berusaha untuk mendapatkan kelulusan yang cemerlang  bagi menghidupkan peluang untuk melanjutkan pelajaran di universiti.Akan tetapi untuk terus bersaing dengan IPTS apakah perancangan pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan lulusan diploma seni bina  politeknik KPTM terus dapat bersaing  degan produk IPTS untuk melanjutkan pelajaran ketahap yang lebih tinggi selain melahirkan graduan yang terus berkualiti .
 
Sistem pemindahan kredit yang tidak sistematik  perlu diperbaiki dan digantikan dengan sistem pemindahan kredit yang baru dan teratur.  Turut di sertakan didalam surat ini  beberapa cadangan yang masih mentah,agar mana –mana pihak yang bertanggungjawab dapat mengembangkan idea dan lebih arif dan berpengalaman dalam sistem pegajian tinggi di Malaysia untuk melakasanakan cadangan yang telah disusun ,harapan kami untuk terus melihat sistem pemindahan kredit yang sistematik dapat di laksanakan dengan secepat mungkin.
 
CADANGAN 1.
 
Mencontohi Program Pemindahan Kredit Yang Disediakan Oleh IPTS Tempatan Untuk Kursus Senibina.
 
Pada masa kini ,Kebanyakan kursus seni bina yang dianjurkan oleh IPTS tempatan adalah selama tiga tahun tempoh kursus ataupun 6 semester.dan belum mempunyai akreditasi LAM,RIBA dan RAIA bahagian 1
 
Kursus senibina di IPTS tempatan mendapat akreditasi MQA@LAN.Untuk melanjutkan pelajaran.Lulusan  kursus seni bina  IPTS   berpeluang  pelajaran di universiti di  Australia ,United Kingdom dan New Zealand dan berpeluang untuk mendapatkan kelusan seni bina bina yang mempunyai akreditrasi LAM,RIBA dan RAIA bahagian 2.
 
Mengenai pemindahan kredit @advanced standing, kebanyakan IPTS mempunyai program yang diiktiraf oleh IPT luar Negara dengan baik.
 
Untuk memastikan pelajar-pelajar yang  mengikuti kursus seni bina di IPTS ini mempunyai peluang untuk menjadi arkitek professional walaupun kursus yang ditawarkan adlah tidak mempunyai akreditasi LAM,RIBA &RAIA .Dengan mempunyai sistem pemindahan kredit yang sistematik IPTS-IPTS untuk melanjuatkan pelajaran di universiti luar Negara yang mempunyai akreditasi bahagian 2 LAM,RIBA  DAN RAIA telah berjaya menarik perhatian pelajar –pelajar yang bercita –cita untuk menjadi arkitek professional untuk mengikuti kursus seni bina yang mereka tawarkan.
 
Untuk maklumat yang lebih tepat sila layari laman web IPTS berikut-
 
http://www.taylors.edu.my/courses/arc/arc_landing2.php?id=251
 
http://www.tp.edu.sg/home/courses/further/advance.htm
 
http://www.ucsi.edu.my/prog_arc_stu_deg.asp
 
http://www.princeton.edu/pr/pub/ap/
 
http://www.limkokwing.edu.my/v6/academic/archi_at.asp
 
http://www.deakin.edu.au/scitech/a+b/courses/
 
http://www.princeton.edu/pr/pub/ap/
 
 
Jurang Ekonomi Yang Terus Membesar
 
Jika dilihat dengan kebanyakan pelajar yang mendapat peluang kedua untuk melanjutkan pelajaran di politeknik KPTM adalah daripada keluarga berpendapatan rendah dan tidak mampu menempatkan anak –anak mereka di IPTS yang mempunyai yuran pengajian yang amat tinggi.
 
Jika proses ini berterusan jurang ekonomi keluarga yang berpendapatan rendah akan terus membesar dari generasi ke generasi .Keluarga yang berpendapatan rendah tidak dapat bersaing untuk memberikan pendidikan yang terbaik.Golongan yang berpendapatan tinggi akan terus dapat memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak –anak mereka , walaupun tidak mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan ,peluang kedua untuk anak-anak daripada golongan berpendaptan tinggi adalah lebih baik kerana memilih IPTS sebagai pilihan mereka ,yang dimana peluang untuk melanjutkan pelajaran di universiti diluar negara yang menawarkan kursus –kursus profesional yang mempunyai akreditasi badan –badan professional Malaysia.
 
Cadangan-cadangan kepada pihak  yang bertanggungjawab.untuk memperbaiki Sistem pemindahan kredit untuk pelajar seni bina lepasan diploma senibina politeknik KPTM untuk melanjutkan pelajaran di IPTA ,IPTS dan universiti luar Negara.
 
Sedia maklum bahawa pihak KPTM tidak mempunyai kuasa dan dapat memaksa IPTA ,IPTS dan universiti luar Negara untuk dapat memberikan pemindahan kredit yang lebih baik kepada pelajar lulusan diploma seni bina politeknik KPTM,jika kursus seni bina tidak memenuhi kriteria yang yang telah ditetapkan oleh CAEM.
 
*Council of Architectural Education Malaysia (CAEM)
 
dengan itu usaha kearah menambah baik dan meningkatkan mutu kursus seni bina politeknik KPTM perlu dilaksanakan terlebih dahulu.
 
Cadangan 1
Silibus dan kokurikulum kursus seni bina politeknik KPTM perlu disemak semula dan
disediakan oleh panel khas yang terdiri daripada,pensyarah seni bina politeknik,pensyarah senibina universit tempatan,LAM,PAM dan Arkitek professional.
 
Dan perlu perlu mengikut perkembagan semasa,kerana pendidikan adalah sistem yang sentiasa berkembangan dengan peredaran zaman agar terus relevan.
 
 
 
 
 
Cadangan 2.
Mendapatkan maklum balas  mengenai pelajar lepasan kursus seni bina politeknik KPTM  yang telah atau sedang melanjutkan  pelajaran di Semua universiti
yang mempunyai kursus sarjana muda seni bina kepujian.UTM,UM,USM,UIA,UKM,UPM,USIM,
 
kandungan maklum balas-mestilah mengandungi-
 
a-Tahap pencapaian pelajar politenik di universiti.
b-kelemahan pelajar.
c-Maklum balas cadangan-cadangan universiti awam tempatan untuk menambah baik dan meningkatkan mutu kursus seni bina politeknik KPTM
 
Cadangan 3.
Menyediakan kertas kerja dan cara perlaksanaan yang teratur untuk memastikan kursus seni bina di politeknik kptm layak untuk dinilai oleh CAEM.Menyediakan jangka masa yang realistik untuk memastikan kursus seni bina politeknik KPTM berjaya mendapatkan akreditasi daripada LAM,RIBA dan RAIA.
 
Contoh-
Sebagai  Contoh sebuah Perancagangan khas untuk kursus seni bina dipoliteknik mencapai tahap kemajuan yang telah ditetapkan. Perancangan ini perlu di maklumkan juga kepada pelajar-pelajar kurus seni bina politeknik KPTM.
 
a-2009- berjaya mendapatkan pengiktirafan daripada ,universiti awam LAM dan MQA untuk kursus diploma seni bina politeknik KPTM sebagai program  PRA –LAM Bahagian satu
 
b-2010- program diploma lanjutan seni bina politeknik kptm diperkenalkan di salah sebuah politeknik KPTM .Kursus ini diberkan nama diploma lanjutan sains seni bina.
 
c-2011- lulusan pertama kursus sains seni bina daripada politeknik KPTM Berjaya mendapatkan akreditsi penuh bahagian satu daripada LAM.
 
d-2012- lulusan  kursus sains seni bina daripada politeknik KPTM Berjaya mendapatkan akreditasi penuh bahagian satu daripada RIBA dan RAIA
Cadangan 4.
ratio pelajar dan pensyarah kursus seni bina yang berkelulusan ijazah sarjana muda seni bina perlu mencukupi.(Mengikut syarat -syaratCAEM)dan setiap unit seni bina di politeknik mempunyai kakitangan sokongan untuk membantu pensyarah .
 
 
 
 
 
 
 
 
Cadangan 5.
Memperkenalkan Program Continuing Professional Development (CPD) untuk  para Pensyarah-Pensyarah Kursus Seni Bina Politeknik KPTM.
Diantara program yang dapat membantu pensyarah seni bina untuk menambah baik dan meningkatkan mutu kursus seni bina  politeknik KPTM.
Sokongan kewangan dan pengurusan daripada KPTM amatlah lah diperlukan merebut peluang yang disediakan
 
Contoh program Visiting Teachers Programme yang dianjurkan oleh AA SCHOOL(diantara sekolah seni bina yang terbaik dunia.)
 
 
2008 Visiting Teachers Programme
Fees: Free
A three-week course that allows architectural teachers from around the world an opportunity to visit and explore the unique pedagogy, teaching and student work across the entire AA School, including meetings, presentations and discussions with staff and students.
For more information including an application form, go to Visiting Teachers

Contact Katie Sandoval, AA Registrar's Office
E    visitingteachers@aaschool.ac.uk 
T    +44 20 7887 4067
F    + 44 20 7414 0779
 
http://www.aaschool.net/?section=school&page=Visiting%20Programmes
 
Visiting Teachers Programme yang dianjurkan oleh ARCHITECTURAL ASSOCIATION ,London,United Kingdom.merupakan pelaburan berbaloi untuk memberkan pendedahan yang bertaraf antrabangsa kepada pensyarah- pensyarah seni bina politeknik KPTM.
 
Cadangan 6.
Kursus seni bina memerlukan  program kerjasama untuk menambah baik dan meningkatkan mutu kursus seni bina  politeknik kptm diantara politeknik KPTM  dan universiti dari dalam dan luar Negara perlu diadakan.
 
sebagai contoh program kerjasama Manchester Metropolitan University  (dahulunya dikenali sebagai  Manchester Polytechnic) dan University of Manchester
 menjalinkan  kerjasama yang baik untuk  menubuhkan Manchester School of Architecture MSA bagi program seni bina .
 
Sila rujuk dilaman web berikut
 
http://www.msa.ac.uk/
 
http://www.msa.ac.uk/study/path.php
 
msa is a joint school of the Manchester Metropolitan University and the University of Manchester
 
The Manchester School of Architecture (MSA) was formed in 1996 with the merger of the architecture departments of the University of Manchester and Manchester Metropolitan University. The MSA is a joint school of the University of Manchester School of Environment and Development and the Manchester Metropolitan University Faculty of Art and Design. This arrangement allows MSA students to draw on the facilities and resources of both institutions. On graduating, the students' degree is awarded by both Universities.
 
didalam arus globalisai dan kecanggihan teknologi maklumat .Pelbagai kerjasama dapat dilakukan .walaupun jarak dan sempadan yang memisahkan mana-mana politeknik dan universiti yang menawarkan kursus seni bina.
 
Cadangan 7.
Memperkenalkan program kerjasama diantara polikteknik dan IPTA atau IPTS, sedia maklum bahawa tujuan penubuhan  politeknik KPTM adaah untuk membekal tenaga separa professional .
Program francais dan program kerjasama ada dua perkara yang berlainan. Yakin dengan Kemampuan politeknik terus mampu memfokuskan  melahirkan graduan teknikal walaupun mempunyai kerjasama yang erat diantara universisti.
 
Pengisian program- ( cadangan sahaja)
 
1-Program pertukaran pelajar.
2-program kerjasama tenaga pengajar.
3-lawatan dan syarahan,pensyarah  IPTS atau IPTA di politeknik.
 
Maklumat lanjut boleh diperolehi- melalui laman web berikut.
a-UT M PROGRAM KERJSAMA UTM-    http://www.kolejshahputra.edu.my/malay/B_stdPlnDSB.htm
 
b-UITM-KOLEJ BERSEKUTU UITM –  http://www.uppk.utm.my/
 
Cadangan 8.
 
Dan cadangan –cadangan lain daripada semua pihak amatlah di alu-alukan.
 
Dengan terlaksanya usaha menambah baik dan meningkatkan mutu kursus seni bina politeknik KPTM ,pastinya lulusan kursus seni bina di politeknik KPTM akan berjaya mendapat pemindahan kredit yang lebih baik dan seterusnya berjaya mendapatkan akreditas LAM,RIBA dan RAIA bahagian satu.
 
Cadangan sistem pemindahan kredit untuk lulusan diploma seni bina politeknik KPTM
adalah seperti berikut.
 
Cadangan sistem pemindahan kredit 1.
 
*3t+3s=LAM PART 1
 
Untuk mendapatkan akreditasi LAM bahagian satu, pelajar kurus seni bina politeknik hanya perlu menyambung pengajian selama 3 semester terakhir di universiti  yang menawarkan kursus seni bina LAM bahagian satu
 
Kursus seni bina politeknik diberikan pengiktrafan sebagai PRA- LAM bahagian satu
 
*Sila rujuk nota ini
 
*diploma seni bina politeknik KPTM =3 tahun@ 6 semester  *3T
*program sarjana muda sains seni bina (3 tahun@6 semester)+1tahun matrikulasi.

Cadangan sistem pemindahan kredit 2.
 
Dengan proses menambah baik dan meningkatkan mutu kursus seni bina politeknik KPTM yang dijalankan secara berterusan,sudah tentu sistem pemindahan kredit dapat diperbaiki dari masa kesemasa untuk itu ,untuk pihak yang bertanggungjawab untuk merangka sistem pemindahan kredit
dapat diterima olehh universiti bermula daripada Perlu mengikuti 3 semester terakhir sehinggalah ,dan seterusnya dengan hanya perlu mengikuti
2 semester terakhir sahaja atau 1 tahun pengajian kurus seni bina lam bahagian 1
Ini bermakna kursus diploma seni bina politeknik KPTM(PRA –LAM BAHAGIAN SATU)
3+1=LAM PART 1
 
Cadangan kursus diploma lanjutan sains seni bina @ijazah sains seni bina politeknik KPTM (LAM ,RIBA dan RAIA bahagian satu).
 
KPTM perlu memperkenalkan  diploma lanjutan seni bina@diploma sains seni bina  disalah sebuah politeknik KPTM.(kptm perlu menumpukan kualiti terlebih berbanding kuantiti)Kursus diploma lanjutan seni bina@diploma sains seni bina  dibuka kepada semua pelajar lulusan diploma seni bina politeknik KPTM dan lulusan diploma senibina IPTS .
 
Tempoh kursus diploma lanjutan seni bina@diploma sains seni bina  KPTM ialah selama 2semester atau 1 tahun tempoh pengajian.
 
Tetapi perancangan yang baik dan teliti sahaja dapat memastikan kursus ini Berjaya untuk mendapatkan akreditasi LAM part 1.
 
Apabila politeknik KPTM mampu mengeluarkan  diploma lanjutan sains seni bina @ijazah sains seni yang mempunyai akreditasi LAM ,RIBA dan RAIA bahagian satu.
 
Dengan menyediakan  kursus seni bina yang mempunyai akreditasi LAM,RIBA dan RAIA bahagian satu , akan memberikan peluang yang lebih luas kepada pelajar politeknik untuk melanjutkan pelajaran.
Di samping dapat memberikan persaingan yang sihat kepada lulusan seni bina daripada universiti.
aspek persaingan perlu diberikan perhatian ,dengan persaingan diantara politeknik dan universiti boleh memberikan impak kepada taraf kualiti pendidikan di Malaysia.
 
Turut dibangkitkan ialah
mengenai program v04 , pelukis pelan  seni bina dan b08 , kursus program bridging diploma  seni bina.
Lulusan Kursus v04 , pelukis pelan  seni bina  mempunyai kesinambuangan untuk menyambung pelajaran untuk melanjutkan pelajaran di politeknik.menyentuh sedikit mengenai silibus yang disediakan  dan patut diberi perhatian dalam menyediakan silibus yang penting untuk tidak memberikan pededahan awal mengenai senibina.
 
Berikut adalah beberapa cadangan yang perlu diberi perhatian
a.Mata pelajran senireka senibina dan sejarah seni bina perlu diperkenalkan bermula dari semester pertama.
b.memberikan pelajar kursus ini tugsan mengenai teori –teoir seni bina sepanjang tempoh latihan industri.
 
 
Penutup.
Dengan pendedahan yang lebih baik dan jelas dengan secara tidak langsung memberikan galakan yang amat baik kepada pelajar kursus seni bina politeknik untuk menyambung pelajaran ketahap yang lebih tinggi serta dapat menyumbankan tenaga dan berkerjasama  dalam merialisasikan  wawasan 2020 untuk memastikan Malaysia menjadi Negara maju.
penafian dan pemberitahuan.
 
1-NIAT PENULIS BUKANLAH UNTUK MENYALAHKAN MANA –MANA PIHAK,sebaliknya mengajak semua pihak berusaha ke arah yang lebih baik .
 
2-MUNGKIN MASALAH INI ,TERLEPAS PANDANG, DIANGGAP REMEH OLEH MANA-MANA PIHAK,TETAPI TIDAK BAGI PENULIS.penulis juga merasakan bahawa kursus seni bina bina di politeknik adalah sebuah program moidal insane yang mampu bersaing dan memberikan sumbangan kepada kemajuan Negara.
 
3-penulis tidak berminat untuk memberikan nama sebenar,tempat pengajian ,alamat tetap dan malumat berkaitan diri,bagi penullis,semua itu tidak penting ,yang peting ialah matlamat untuk semeua pihak yang bertanggungawab untuk berusaha dalam menambah baik kualiti semua kursus dipoiteknik KPTM dan seterusnya semua kursus di politeknik di terima diperingkat antarabangsa untuk diberikan pemnidahan kredit yang memuaskan keapda semua lulusan politeknik KPTM.
 
 
AKHIR KATA merujuk pepada perkara diatas,topik  ini dibangkitkan kepada kementerian pengajian tinggi Malaysia bukanlah untuk mencari kesalahan mana-mana pihak yang terlibat,dan yang sepatunya bertanggungjawab  tetapi tujuan penulisan aduan ini adalah untuk meyampaikan,memaklumkan,memberitahu kepada semua  pihak  yang telibat dan bertanggungjawab didalam kursus senibina politeknik KPTM, apakah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh semua pelajar seni bina politeknik kptm.dengan harapan mesej yang penulis sampaikan dapat difahami dengan dengan jelas dan  pengunanan bahasa yang digunakan tidaklah menyinggung dan memberikan masalah kepada semua pihak.atau dengan lebih tepat lagi tujuan penulisan aduan hanyalah untuk kita semua yang terlibat bekerjasama dalam  mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pelajar kursus seni bina politeknik kptm (PKSBP).dan seperkara lagi mengengenai identiti  penulis tidak lah penting yang penting ialah masa depan semua pelajar kursus seni bina politeknik (PKSBP)KPTM.
 
sekian pengenalan daripada penulis,
 
Kami bersedia menerima segala sebarang kenyataan ,teguran,tunjuk ajar yang akan keluarkan oleh semua pihak.dan sekiranya sukar untuk mendapat surat maklum balas rasmi daripada pihak yang terlibat,kami sedia akur,  itulah yang sebaiknya untuk kami akur.
 
sekian terima kasih
 
ikhlas daripada
------------------------------------------------------
Kumpulan gabungan
Pelajar Kursus Senibina Politeknik KPTM
pelajarsbpoliteknik@ymail.com

*MASIH MENUNGGU JAWAPAN DARIPADA SEMUA YANG TERLIBAT,TETAPI MASIH BELUM ADA JAWAPAN.

SEKIAN .

forumeforum:
attachment. pdf file./ BPA DSB

REPLY from mohe.

azarimy:
not exactly sure what we can do about this. but i'll get somebody to reply.

forumeforum:
thank you ,,,azarimy,(at least somebody know about this issues)

setahun lebih jawapan pun susah nak bagi...

*sepatutnya MOHE ni kena prepared  ROAD MAP untuk KURSUS SENI BINA KPTM,
*susah nak explain kat mohe ni..(depa jawap ada jer jer budak poli sambung uni,,,(wei bukak mata tengok poly singapore ler)
*reply pun macam buat moto hari kebangsaan(jawapan typical) ,no implement.

*bukan DIP. ARCHI kptm bukan mesti dapat part 1 pun,,tapi penambahbaikan itu perlu.

OK TERIMA KASIH SEMUA.SUDI MEMBACA.

alQudsi:
Syabas diucapkan kepada Penulis dan Kumpulan gabungan Pelajar Kursus Senibina Politeknik KPTM kerana telah menyediakan satu senario, kajian dan cadangan yang mantap bertujuan mencadangkan satu penambahbaikan kepada sistem pemindahan kredit DSB Politeknik dalam melanjutkan pengajian ke IPT.

Saya cadangkan perkara ini dipanjangkan juga kepada JPT-KPT, CAAEM (dulu CAEM), LAM dan PAM. Saya juga cadangkan perkara ini dipanjangkan kepada kepada semua Ketua Jabatan/Program Senibina di IPTA menerusi COHAS (Council of Heads of Architecture Schools), yang kini dipengerusikan oleh PM Dr Abdul Malik Abdul Rahman (USM).

Saya juga telah memerhatikan perkara ini dan mempunyai pandangan mengenainya. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada keadaan ini. Tak dapatlah saya menghuraikannya dalam tanggam kerana terlalu banyak yang perlu ditulis. Tetapi saya sedia untuk turut serta dan membantu kumpulan ini. Saya boleh dihubungi terus menerusi sistem email dalam tanggam.

Teruskan perjuangan dan Selamat maju jaya.

Navigation

[0] Message Index

[#] Next page

Go to full version